Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

JUMEA SCARGEL mempunyai tiga bahan utama yang dapat membantu dalam memudarkan pelbagai jenis kesan parut. Artikel kali ini akan mengulas dengan lebih lanjut akan faedah TIGA bahan penting iaitu Ekstrak Bunga Chamomile, Ekstrak Bawang dan Aloe Vera.

Ekstrak Bunga Chamomile

Bunga chamomile merupakan salah satu herba yang telah digunakan sejak turun temurun dalam perubatan dan penjagaan kesihatan. Ia mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria yang baik untuk memperoleh kulit yang licin dan sihat. Selain itu, ia juga mempunyai tahap antioksidan yang tinggi seperti terpenoid dan flavonoid, iaitu penyumbang utama kepada sifat penyembuhan semulajadi bunga chamomile.

Terpenoid – bahan kimia organik yang kebanyakannya dihasilkan oleh tumbuhan dan beberapa kumpulan haiwan. Kumpulan terpenoid yang terdapat di dalam chamomile adalah:

  • α-bisabolol – minyak aromatik dengan ciri-ciri anti-kanser dengan ketoksikan yang rendah untuk sel manusia
  • Bisabolol oxide A & B – sebatian yang terdapat dalam minyak chamomile dengan sifat melegakan kesakitan
  • Chamazulene – sebatian aromatik yang mempunyai sifat anti-inflamasi dan antioksida
  • Farnesene – hidrokarbon yang mengurangkan tekanan oksidatif

Flavonoid – sekumpulan metabolit tumbuhan yang mempunyai manfaat kesihatan yang tinggi buat tubuh badan. Kumpulan flavonoid yang terdapat dalam chamomile adalah:

  • Apigenin – sebatian anti-kanser dan anti-inflamasi yang sangat berfaedah dan berkhasiat
  • Quercetin – pigmen tumbuhan yang dapat melawan penuaan dan tekanan oksidatif
  • Patuletin – sebatian yang dapat melegakan kejang otot

Selain digunakan di dalam teh untuk merawat insomnia dan senggugut, chamomile juga banyak digunakan di dalam produk-produk kosmetik kerana sifatnya yang mencegah penuaan, menggalakkan pembentukan kulit baru serta mencerahkan tona kulit. Ini kerana ekstrak chamomile dapat meningkatkan kadar hidroksiprofil dalam kulit. Hidroksiprofil ini adalah peptida yang bertanggungjawab dalam penyembuhan kulit. Ekstrak bunga ini merupakan ubat tradisional dalam merawat parut, luka kebakaran, lebam serta radang kulit.

Ekstrak Bawang

Bawang mempunyai sifat anti-penuaan yang sangat hebat. Ini kerana ia mempunyai vitamin yang penting dalam melawan kerosakan sinaran UV yang berbahaya serta mencegah kerosakan radikal bebas yang bertanggungjawab dalam menyebabkan penuaan kulit kita. Vitamin-vitamin ini adalah vitamin A, C dan E. Vitamin ini juga mampu memastikan kulit kekal mulus, lembut dan kelihatan berseri.

Bawang merupakan salah satu sumber terkaya antioksidan flavonoid yang dapat memastikan kulit kita tampak awet muda serta mampu melawan penuaan kulit. Malahan, terdapat 25 jenis flavonoid yang terkandung di dalam bawang, antaranya ialah:

  • Quercetin – bawang merupakan sumber terkaya quercetin, pigmen tumbuhan yang dapat melawan penuaan dan tekanan oksidatif
  • Kaempferol – flavonoid semula jadi yang banyak terkandung dalam tumbuhan yang dapat mengurangkan tekanan oksidatif
  • Cepalin – sebatian semula jadi yang dapat mengurangkan inflamasi serta merawat parut

Selain itu, bawang juga boleh melindungi kulit kita daripada bakteria yang bermasalah kerana ia merupakan antiseptik semulajadi yang kuat. Ini kerana bawang mempunyai kualiti antimikrobial, anti-bakteria dan anti-radang yang mendatangkan keajaiban pada kulit anda. Kualiti ini lah yang digunakan di dalam Jumea Scargel bagi merawat jerawat dan kesan-kesan parut pada kulit. Tambahan pula, ekstrak bawang dapat menghilangkan bintik gelap dan pigmentasi kulit kerana sifatnya yang kaya dengan berbagai jenis fitonutrien dan antioksidan yang tinggi.

Aloe Vera

Aloe vera atau dikenali juga sebagai pokok lidah buaya, adalah tumbuhan perubatan yang banyak digunakan di dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Daunnya penuh dengan bahan seperti gel yang berfaedah pada kulit kita.

Aloe vera mengandungi vitamin A, C dan E, serta asid folik yang baik untuk kulit.

  • Vitamin A – memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat kerana ia adalah antioksidan yang mengurangkan inflamasi.
  • Vitamin C – komponen penting dalam aloe vera yang dapat mengurangkan kedutan pada kulit
  • Vitamin E – antioksidan yang hebat dalam melawan inflamasi dan membantu melambatkan penuaan sel secara semula jadi
  • Asid folik – membantu dalam penghasilan sel-sel baru

Selain itu, terdapat kolesterol, campesterol, beta-sisosterol dan lupeol di dalam aloe vera yang mempunyai kesan anti-radang. Tambahan lagi, hormon seperti auxin dan gibberellin juga terkandung di dalam aloe vera. Hormon ini mempunyai sifat anti-radang serta dapat membantu dalam menyembuhkan kesan parut seperti parut kebakaran mahupun parut pembedahan.

Gabungan tiga bahan utama yang terdapat dalam JUMEA SCARGEL ini mampu memudarkan pelbagai jenis kesan parut dengan sangat berkesan. Kesan parut mampu hilang seawal 3 minggu tempoh penggunaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top