Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Jerawat adalah masalah keradangan tisu pada bahagian kalenjar minyak di kulit & ianya normal bagi remaja yang meningkat umur disebabkan oleh perubahan hormon badan. Jangkitan kuman, alahan & salah penjagaan kulit akan menyebabkan ia menjadi semakin teruk.

Tapi apa yang tak bestnya ialah bila jerawat dah tiada & tinggalkan parut jerawat hitam serta berlubang pada kulit wajah jika tidak dirawat. Mula lah anda nak cari macam-macam produk untuk pudarkan parut kan?

Bukan tu sahaja, parut yang teruk ni boleh menyebabkan anda mengalami ketidak selesaan & kurang keyakinan diri untuk berjumpa orang.

Dalam post ni, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh pudarkan parut dengan berkesan supaya anda dapat kulit sihat, cantik & licin semula.

Punca utama kenapa parut terbentuk :

Faktor Genetik

Ia akan menentukan tempoh untuk tubuh menghasilkan sel-sel kulit dan kolagen baru. Jika perlahan parut akan nampak lebih ketara & ambil masa lama untuk sembuh.

Lokasi Luka

Kulit pada dagu, rahang, leher, bahu, dada dan bahagian belakang adalah tipis berbanding bahagian lain. Parut mudah terbentuk pada bahagian ini.

Faktor Luaran

Jerawat,cacar air, suntikan vaksin atau pembedahan sukar untuk dielakkan. Cuci luka dengan sempurna untuk cegah jangkitan.

Proses Penyembuhan & Pemodelan Semulajadi Tisu Kulit Selepas Kecederaan

Picit jerawat, parut kekal, tompok merah, hitam dan lubang/parut yang dalam adalah salah satu punca jangkitan bakteria & keradangan berulang pada tempat yang sama semasa kulit ingin sembuh

Parut boleh mendatangkan ketidak selesaan serta boleh mengganggu keyakinan diri seseorang terutamanya apabila parut tersebut ada pada anggota badan yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki. Justeru, kali ini ada beberapa tips penting untuk menghilangkan kesan parut yang anda boleh cuba.

  • Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi untuk pulihkan kulit. Ia dipercayai khasiatnya dari zaman dulu lagi. Selain melembapkan kulit ia juga akan mengurangkan gejala penuaan & dapat menghilangkan kesan parut

Caranya : Patahkan daun, Ambil lendirnya dan sapukannya pada permukaan parut. Biarkan lendir selama setengah jam kemudian cuci muka seperti biasa

Lidah buaya mempunyai vitamin B12 yang tinggi serta vitamin C dan E sebagai anti oksidan dan mampu melindungi kulit dengan baik dari sinar UV.

  • Kulit Kayu Manis

Kebiasaanya ia digunakan sebagai bahan masakan tapi sebenarnya ia juga amat terkenal dalam dunia perubatan sebagai herba nombor satu di dunia yang tinggi anti oksidan

Caranya : Kisarkan kulit kayu manis & campurkan sedikit air. Setelah siap, jadikannya sebagai masker untuk kulit muka

Kandungan antioksidan dalam kayu manis mengurangkan kerosakan radikal bebas & perlahankan proses penuaan. Cirinya yang antiradang juga melindungi kulit daripada ruam & jangkitan pada kulit

  • Minyak Zaitun

Sumber yang baik untuk digunakan kerana sarat dengan nutrisi serta antioksidan seperti vitamin A & E.

Caranya : Titikkan sedikit ditangan dan sapukan pada kawasan muka yang bermasalah. Lakukan 4-5 minit & biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan muka dengan kain bersih

Sifatnya yang anti-inflamasi & antibakteria mampu menyembuhkan jerawat dan parut serta mencegah segala jangkitan pada kulit

  • Mangga

Antara makanan & juga minuman yang paling sedap ini juga boleh dijadikan salah satu alat untuk kecantikan terutamanya masalah parut

Caranya : Ambil sedikit isi mangga kisarkan & campurkan sedikit air & tempekkan di muka sebagai masker

Buah mangga mengandungi vitamin A. Antioksidan yang terkandung dalam buah mangga dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan seperti keriput dan pigmentasi. Selain itu juga, ia berfungsi untuk melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya.

  • Asam Jawa

Sejak puluhan tahun lagi terdapat pelbagai manfaat untuk kecantikan kulit secara semulajadi.

Caranya : Ambil sedikit asam jawa & campurkan dengan air. Jangan cair atau pekat sangat. Ambil bedak sejuk dan campurkan. Applykan dan biarkan ia kering

Asam jawa mengandung alpha-hidroksil-asam yang merupakan bahan yang baik untuk mengelupaskan kulit dari sel-sel mati & ia juga akan membantu menjana semula sel-sel kulit baru dengan cepat kerana sifatnya untuk sembuhkan luka

  • Kentang

Jarang kita dengar kentang baik untuk kecantikan kulit wajah tapi sebenarnya kentang juga amat sesuai untuk kecantikan

Caranya : Buat masker gunakan ubi kentang mentah Dan gunakannya dua tau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh

Kentang bersifat sebagai memutihkan. Menggunakan masker kentang segar mampu membersihkan sel kulit mati dan memudarkan bintik hitam pada wajah kerana ia mempunyai vitamin C sebagai bahan anti oksidan bagi menghalang jangkitan.

  • Limau Nipis

Manfaat bahan semulajadi seperti yang terkandung dalam limau nipis dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit

Caranya : Potong limau nipis kepada dua bahagian. Tonyohkan pada permukaan parut. Setelah kering, bilas dengan air sejuk.

Mengandungi Vitamin C & zat anti bakteria yang baik, limau nipis mempunyai banyak kebaikannya pada kulit termasuklah mencerahkan kulitmengeringkan jerawat, menjana sel kulit baru serta memudarkan kesan parut hitam.

  • Bawang Merah

Tidak dinafikan bawang merah sudah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lebih kepada rawatan tradisional

Caranya : Kisar bawang merah untuk mendapatkan jusnya. Sapu jus bawang ini pada bahagian parut dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air sejuk. Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Bawang merah mengandungi anti-biotik, anti-septik, dan anti-mikrob yang boleh menghalang jangkitan kuman dari parut teruk. Selain itu, ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan kandungannya boleh mengawal anti-radang secara tidak langsung akan mengurangkan kesan parut

  • Jumea Scar Gel

Kajian telah menunjukkan yang gabungan Onion Extract dan Chamomile Extract mampu memudarkan parut dengan sangat berkesan. JUMEA Scar Gel merupakan satu-satunya produk yang menggunakan formula seumpama ini.

Caranya : Bersihkan kawasan parut & sapukan JUMEA Scar Gel dikawasan parut 2 kali sehari. Guna secara konsisten & lihat hasilnya seawal 7 hari parut pudar

5 jenis vitamin saranan pakar kulit yang terdapat dalam JUMEA SCAR GEL ini antaranya Vitamin A, B, B12,C & E. Dengan kelebihan setiap vitamin ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kolagen kulit yang hilang disebabkan kurangnya hormon yang hasilkan secara semulajadi untuk kulit 

Dalam post ini anda dah belajar 9 cara bagaimana untuk pudarkan parut secara berkesan dengan mudah supaya kulit anda lebih sihat,cantik & glowing.

Penting untuk anda guna antara salah satu kaedah diatas supaya parut anda dapat dipudarkan dengan berkesan dan akan menyebabkan masalah yang lebih teruk.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk share post ni supaya dapat membantu sama orang lain yang mengalami masalah ini.

Pastikan anda like page saya dan subscribe pada blog supaya anda tak tertinggal dengan tips, tricks dan petua yang akan bantu anda untuk pudarkan parut dengan berkesan. Terima kasih, jumpa lagi

Kalau sekarang ni anda ada masalah parut & ingin pudarkan serta dapatkan wajah glowing tanpa rawatan laser.

Saya sarankan anda untuk dapatkan Jumea Scar Gel kerana ia dah bantu beribu pengguna untuk pudarkan parut tanpa rawatan laser dengan mudah & berkesan.

Kalau anda berminat untuk dapatkan Jumea Scar Gel,

Sila tekan link di bawah, saya akan hantarkan details untuk dapatkan Jumea Scar Gel pada harga istimewa di whatsapp anda

1 thought on “9 Cara Terbukti Berkesan Untuk Pudarkan Parut Dengan Mudah”

Leave a Reply to blog Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top