Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Artikel sebelum ini telah membincangkan kebaikan 3 bahan utama di dalam JUMEA SCARGEL yang dapat membantu dalam memudarkan serta menghilangkan pelbagai jenis kesan parut. Oleh itu, artikel kali ini kami akan mengulas dengan lebih lanjut akan faedah-faedah vitamin yang terkandung dalam JUMEA SCARGEL iaitu vitamin A, B, B12, C & E.

Vitamin A

Hati lembu amat kaya dengan Vitamin A

Vitamin A merupakan istilah generik bagi sekumpulan sebatian lemak yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seorang lelaki dewasa memerlukan dalam 900 mcg vitamin A dalam sehari. Manakala wanita dewasa memerlukan 700 mcg, kanak-kanak dan remaja dalam 300-600 mcg vitamin A sehari.

Selain penting bagi mata kita untuk mengekalkan penglihatan yang sihat, vitamin A juga diperlukan bagi memastikan organ dan sistem imunisasi dapat berfungsi dengan baik serta membantu dalam perkembangan bayi di dalam rahim. Namun begitu, apakah faedah vitamin A ini pada kulit kita?

Salah satu sumber Vitamin A adalah Ubi Keledek

Menjaga Kulit Daripada Kerosakan UV

Vitamin A merupakan antioksidan yang kuat dan boleh didapati dalam makanan yang kaya dengan beta-carotene dan provitamin A carotenoids. Dengan mengurangkan kepekaan kulit kepada cahaya matahari dan memberi perlindungan semulajadi terhadap kemerahan dan pigmentasi yang disebabkan oleh matahari, vitamin A dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan kolagen dalam kulit lalu menyumbang kepada garis-garis halus serta kulit kendur.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-Sel Kulit Yang Sihat

Retina, retinol dan asid retinoik sangat penting dalam pengeluaran dan pertumbuhan sel-sel kulit. Vitamin A dapat merangsang pengeluaran fibroblast dalam lapisan kulit kita. Fibroblast merupakan sel yang bertanggungjawab dalam memastikan kulit kekal sihat dan tampak anjal. Oleh kerana vitamin A dan carotenoids memainkan peranan besar dan pertumbuhan sel dan tisu, kekurangan vitamin ini akan mengakibatkan kulit kita mengalami masalah kekeringan dan melambatkan luka untuk sembuh.

Melindungi Kulit Daripada Infeksi

Kulit memainkan peranan yang penting dalam sistem imunisasi badan kita kerana ia merupakan benteng pertahanan pertama yang melindungi badan kita daripada sebarang bakteria, pencemaran dan jangkitan kuman. Dengan menggalakkan pengeluaran sel, vitamin A membantu dalam menguatkan lagi benteng ini lalu melindungi kulit kita daripada ancaman berbahaya yang cuba menyerang.

Mengurangkan Kedutan Pada Kulit

Kebanyakan dermatologi akan mencadangkan pengambilan vitamin A dalam memerangi tanda-tanda penuaan seperti kedut dan kerut kerana sifatnya yang anti-aging. Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa vitamin A dapat merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit kita. Retinoid akan menghidupkan sel yang bertanggungjawab dalam pembuatan kolagen baru, lalu menguatkan kulit kita dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit, secara tidak langsung membuatkan kulit tampak licin dan awet muda.

Menyekatakan Tona Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah

Krim yang mengandungi vitamin A dapat membantu mengurangkan bintik-bintik coklat pada kulit dan merangsang seri kulit dengan dua cara;

Pertama – meningkatkan dan menormalkan proses keratinization (perolehan sel kulit), yang membantu kulit kita membuang pigmentasi dan kerosakan pada kulit, lalu memberi ruang bagi sel-sel yang sihat.

Kedua – retinoid boleh menghalang enzim yang diperlukan bagi penghasilan melanin (pigmen), yang dapat membantu dalam menampakkan kulit kelihatan berseri, cerah dan glowing.

Merawat Jerawat

Jerawat terbentuk apabila liang roma muka tersumbat dengan sel-sel kulit mati, bakteria dan lebihan minyak pada muka. Ini merupakan tempat pembiakan buat Propionibacterium, iaitu bakteria yang bertanggungjawab dengan terjadinya cacat cela pada kulit. Dengan menggunakan krim vitamin A, ia akan merangsang perolehan sel kulit lalu membantu memperlahankan pengeluaran minyak pada kulit muka dan memastikan kebersihan pori.

Vitamin B

Badan kita memerlukan vitamin B untuk hampir setiap proses dalam badan. Ini kerana vitamin B membantu menukar makanan ke dalam bentuk tenaga serta mempengaruhi kesihatan sistem saraf, metabolisme, organ, otot, kulit dan rambut kita.

Terdapat banyak jenis vitamin B dan masing-masing mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Namun, kebaikan vitamin B yang paling utama dari segi kecantikan ialah ia dapat mengatasi kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas (bahan molekul yang merosakkan sel-sel yang sihat). Dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas ini, kesihatan kulit, rambut dan kuku kita dapat dipertingkatkan. Malahan, satu kajian juga telah menunjukkan bahawa vitamin B dapat mengurangkan kesan penuaan pada kulit, lalu menampakkan kita kekal awet muda.

Salmon antara makanan yang ada beberapa jenis Vitamin B

Berikut merupakan penjelasan ringkas tentang manfaat pelbagai jenis vitamin B pada kulit kita, antaranya:

Vitamin B1 (Thiamine)

Thiamine merupakan vitamin B pertama yang ditemui. Ia membantu dalam menukar glukosa menjadi tenaga, penyembuhan luka dan diperlukan bagi memastikan saraf berfungsi dengan baik. Vitamin B1 ini juga digelar sebagai “vitamin anti-stres”, kerana ia memperkukuh sistem imunisasi badan kita, serta membantu dalam mencegah jerawat yang diakibatkan oleh stres.

Vitamin B2 (Riboflavin)

B2 membantu dalam perolehan sel dan penyelenggaraan kolagen. Ini penting bagi melindungi integriti struktur kulit kita, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka. Ia juga membantu dengan rembesan mucus dalam kulit lalu mencegah kekeringan yang dapat membawa kepada pengeluaran minyak berlebihan (dan akhirnya mengakibatkan jerawat), serta meningkatkan penyerapan zink yang penting untuk kesihatan kulit.

Vitamin B3 (Niacin)

Vitamin B3 dapat merawat pelbagai keadaan kulit dan iritasi, termasuk dermatitis, jerawat, rosacea, ekzema, hiperpigmentasi dan kerosakan kulit yang berpunca daripada matahari seperti kulit kering dan sebagainya. Ia juga merupakan bahan anti penuaan yang kuat, sering kali dijumpai dalam produk penjagaan kulit bagi mengatasi garis halus dan kedutan.

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Vitamin B5 penting bagi mengekalkan kelembapan kulit. Ini secara tak langsung meningkatkan keanjalan kulit lalu menyumbang kepada wajah yang lebih terhidrat dan kelihatan sihat. Oleh disebabkan kulit yang terhidrat lebih bingkas dan mempunyai daya tahan yang tinggi, B5 juga dapat mencegah jerawat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Vitamin B5 juga membantu dalam penyembuhan luka kulit dengan lebih pantas dan sangat berkesan lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan vitamin C. Selain itu, vitamin B5 juga dapat mengurangkan jerawat dengan membantu badan kita memecahkan minyak kepada trigliserida dan kolesterol.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Juga digelar vitamin anti-stres, B6 membantu mengawal mood dan kitaran tidur dengan menghasilkan serotonin (hormon gembira), melatonin (hormon tidur), norepinephrine (hormon tekanan), dan lain-lain lagi. Stres dan tidur yang tidak mencukupi akan meningkatkan keradangan dalam badan, mengurangkan pertumbuhan semula sel dan menyumbang kepada kekeringan.

Vitamin B7 (Biotin)

B7 diperlukan untuk metabolisme asid lemak dan melindungi daripada berlakunya kerosakan sel-sel dan kehilangan air. Ini dapat membantu dalam memastikan kulit kita kekal sihat, lembap dan tampak montok. Kekurangan vitamin ini akan mengakibatkan rambut menjadi kering, kuku yang rapuh, serta kulit kering dan flaky. Malahan, kes yang teruk juga akan mengakibatkan kulit menjadi merah dan bersisik.

Vitamin B7 juga dapat melawan inflamasi dan melindungi kulit daripada jerawat, jangkitan kuman dan ruam.

Vitamin B9 (Asid Folik)

B9 berfungsi seperti antioksidan yang menggalakkan perolehan sel dan melawan kerosakan radikal bebas. Ia biasanya disyorkan sebagai vitmani prenatal atas sifatnya yang dapat membantu mencegah kecacatan kelahiran bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila digunakan bersama creatine, ia dapat melawan tanda-tanda kerosakan matahari dan penuaan, lalu menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan lebih anjal.

Vitamin B12 (Colabamin)

B12 diperlukan dalam pembiakan sel dan boleh digunakan bagi mengurangkan inflamasi, kekeringan dan jerawat. Kita akan bincangkan faedah dan kebaikan vitamin B12 ini dengan lebih lanjut dalam point yang seterusnya.

Vitamin B12

Vitamin B12, atau dikenali juga sebagai cobalamin, adalah vitamin yang penting dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ia perlu dimakan sebagai suplemen tambahan ataupun didapatkan melalui suntikan.

Susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju adalah sumber protein dan beberapa vitamin dan mineral, termasuk vitamin B12.

Vitamin B12 mempunyai banyak faedah kepada tubuh badan kita. Ia menyokong fungsi normal sel saraf dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah serta sintesis DNA. Selain itu, vitamin B12 juga dapat meningkatkan tenaga dan daya ingatan kita, serta dapat membantu mencegah penyakit jantung.

Kali ini, kita akan bincangkan mengenai manfaat vitamin B12 pada kulit kita.

Meningkatkan Kesihatan Kulit

Vitamin B12 penting bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sel serta memastikan sel-sel tersebut dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itulah vitamin B12 amat diperlukan bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat, kerana sifat kulit kita yang sentiasa diperbaharui dan dijana semula (regenerating). Semakin sihat kulit kita, semakin cepat ia diperbaharui.

Vitamin B12 juga boleh meningkatkan kesihatan kulit dengan mengurangkan kemerahan, kekeringan, keradangan, dermatitis, eczema dan jerawat.

Menjadikan Kulit Kelihatan Berseri Dan Glowing

Orang yang kekurangan B12 sering kelihatan pucat ataupun mempunyai sedikit kekuningan pada kulit mereka (jaundice). Kesilapan dalam pengeluaran sel darah merah dalam badan akan menjejaskan saiz dan kekuatan sel-sel tersebut. Ia mungkin akan menjadi terlalu besar untuk bergerak lalu menyebabkan kulit kelihatan pucat. Jika sel ini terlalu rapuh, ia akan menyebabkan bilirubin yang berlebihan lalu menghasilkan tona kulit yang seakan-akan kuning atau jingga.

Tetapi apabila tubuh kita dapat vitamin B12 yang cukup, salah satu manfaat vitamin ini adalah dapat mencegah daripada terjadinya hiperpigmentasi dan memastikan kulit sentiasa kelihatan cerah dan glowing.

Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang penting dan amat diperlukan oleh badan, namun tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Walau bagaimanapun, ia memainkan peranan yang penting dalam badan kita dan seringkali dikatakan banyak mendatangkan faedah yang amat baik buat tubuh badan kita.

Ia banyak terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren, strawberi, kiwi, lada benggala, brokoli, kubis daun (kale) dan bayam. Pengambilan harian yang disyorkan untuk vitamin C adalah 75mg bagi wanita dan 90mg bagi lelaki.

Satu cawan kale yang dicincang mengandungi 80mg vitamin C, atau 89% daripada DV. Ia juga membekalkan banyak vitamin K, carotenoids lutein dan zeaxanthin.

Memang tak dapat disangkal lagi bahawa vitamin C mendatangkan banyak kebaikan pada tubuh badan kita. Ini termasuklah dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, darah tinggi, penyakit jantung, gout dan dementia, serta dapat meningkatkan tahap imunisasi badan. Namun begitu, apakah faedah vitamin C ini pada kulit kita?

Meningkatkan Pengeluaran Kolagen

Terdedahnya kulit kita pada sinaran matahari akan menyebabkan ia kehilangan kolagen, lalu menjadikan kulit kendur dan berkeriput. Vitamin C meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit lalu menjadikan kulit lebih kuat, anjal, serta dapat melicinkan garis halus dan kedutan.

Melawan Kerosakan Radikal Bebas dan Tanda-Tanda Penuaan

Sifat vitamin C yang antioksidan membantu melawan radikal bebas dan kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV. Hasilnya, ia bertindak sebagai anti-penuaan untuk kulit yang tampak awet muda!

Mencerahkan Tompok Hitam

Vitamin C dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan bintik-bintik coklat. Ia juga menghalang pengeluaran melanin, lalu menghasilkan tona kulit yang lebih cerah dan berseri.

Merawat Kulit dan Luka

Vitamin C membantu dalam memperbaiki kerosakan pada kulit akibat pendedahan cahaya matahari dan kehilangan kolagen dengan menggalakkan perolehan dan penjanaan semula sel yang sihat.

Vitamin C juga mempunyai peranan tambahan dalam penyembuhan luka dengan menggalakkan pembezaan keratinocyte, merangsang pembentukan epidermal barrier, dan membentuk semula stratum corneum.

Vitamin E

Kuaci kaya dengan Vitamin E

Dalam banyak-banyak ramuan penjagaan kulit yang ada di pasaran, vitamin E merupakan salah satu yang paling biasa ditemui. Ia didapati secara semula jadi di dalam badan kita dan terkandung dalam makanan tertentu. Apakah sebenarnya kebaikan vitamin E ini pada kulit kita?

Membantu Mengurangkan Proses Penuaan

Apabila kulit kita terdedah kepada cahaya UV, asap dan pencemaran udara, ia menghasilkan radikal bebas dan lain-lain molekul yang merosakkan kolagen, sel-sel DNA dan kulit, lalu akan menjadi penyumbang kepada kerutan dan bintik-bintik coklat. Vitamin E melawan kesan-kesan ini dengan meneutralkan radikal bebas tersebut.

Melindungi Kulit

Selain daripada membakar radikal bebas, vitamin E juga menyerap cahaya UVB yang bertanggungjawab dalam perlepuhan dan penuaan kulit. Penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin E yang digandingkan dengan vitamin C boleh meningkatkan jumlah masa yang diperlukan oleh kulit tanpa SPF untuk terbakar dan melepuh, secara tidak langsung bertindak sebagai perlindung kulit.

Memastikan Kulit Kekal Hidrat

Vitamin E hidup dan melindungi membran sel yang merupakan benteng di sekeliling sel terebut untuk meastikan ia kekal sihat dan hidrat, secara tidak langsung membantu kulit kekal lembap dan lembut. Tambahan lagi, vitamin E dapat membantu dalam melawan inflamasi dan keradangan. Dalam satu kajian, orang yang mempunyai masalah seperti atopic dermatitis, yang menyebabkan kulit merah, gatal, dan iritasi pada kulit, mendapati bahawa penggunaan vitamin E meberikan kesan positif yang amat ketara.

Mengurangkan Kesan Parut

Radikal bebas juga membuatkan ia amat susah bagi parut untuk sembuh. Dengan menggunakan vitamin E, radikal bebas ini dapat dilawan lalu membantu dalam mengurangkan, malahan menghilangkan kesan parut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top