Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Apa Itu Parut?

Parut adalah perubahan kulit pada tubuh yang terdedah seperti muka, tangan & kaki yang menyebabkan ketidak selesaan serta akan mendatangkan kesan negatif dari segi estetik tetapi ia juga boleh mengganggu fungsi seperti pergerakan sendi.

Parut terhasil dari proses penyembuhan kulit & tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis & boleh terbentuk samada pada tisu dalaman & juga permukaan kulit

Kulit kita mempunyai cara tersendiri untuk merawat dan menyembuhkan luka selepas kecederaan. Namun begitu, ia boleh menghasilkan kesan parut. Parut terhasil kerana perbezaan tekstur antara sel tisu baru dengan yang lama.

Terdapat pelbagai jenis parut iaitu :

  • Parut Jerawat – Parut jerawat juga terdapat pelbagai jenis termasuk parut ice pick, parut box dan parut rolling.
  • Perut Keloid/Hypertrophic – Parut ini terhasil akibat tisu berlebihan yang dihasilkan tanpa sengaja lalu mengakibatkan benjolan terhasil pada permukaan kulit.
  • Parut Contracture – Parut yang terhasil akibat luka terbakar.
  • Parut Hitam – Inflamasi pada kulit akan menghasilkan melanin berlebihan lalu mengakibatkan tompok-tompok coklat dan kehitaman. Ini dipanggil Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH).

Parut boleh mendatangkan ketidak selesaan serta boleh mengganggu keyakinan diri seseorang terutamanya apabila parut tersebut ada pada anggota badan yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki. Justeru, kali ini ada beberapa tips penting untuk menghilangkan kesan parut yang anda boleh cuba.

1.Lidah Buaya

Lidah buaya mempunyai banyak khasiatnya dan telah digunakan bagi mengubati penyakit kulit sejak zaman purba lagi. Selain daripada melembapkan kulit dan membantu dalam mengurangkan gejala penuaan, gel lidah buaya ini juga dapat menghilangkan kesan parut.

Cara Penggunaan

Gunakan gel yang diambil terus dari daun lidah buaya atau beli gel aloe vera yang organik. Sapukan pada permukaan parut. Ulang 2-3 kali dalam sehari dan lakukannya setiap hari.

2. Serbuk Penaik

Serbuk penaik mempunyai fungsi untuk mehilangkan sel kulit mati daripada parut. Namun begitu, serbuk penaik boleh mengeringkan kulit jadi tidak disarankan untuk digunakan setiap hari. Seeloknya, guna 3 hari sekali atau 2 kali seminggu.

Cara Penggunaan

Campurkan 1 sudu teh serbuk penaik dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian parut dan biarkan sehingga kering dalam masa 10-15 minit. Setelah kering, bilas dengan air sejuk.

3. Madu dan Putih Telur

Madu mempunyai kadar kelembapan yang dapat membantu menghidupkan kembali sel-sel kulit mati. Ia mengurangkan kesan parut dan meningkatkan kadar penyembuhan parut tersebut serta mencerahkan kulit yang kusam. Tambahan pula, putih telur mempunyai kandungan amino asid dan zat besi yang tinggi. Ia baik untuk membantu dalam penyembuhan sel-sel kulit mati.

Cara Penggunaan

Campurkan putih telur dengan madu sehingga acuan tersebut likat seakan masker. Lumurkan pada bahagian parut dan biarkan semalaman. Bilas dengan air sejuk pada keesokan harinya. Amalkan setiap malam sebelum tidur untuk hasil yang terbaik dan pantas.

4. Bawang merah
Bawang mempuyai khasiat anti-radang yang bagus dalam mengembalikan kulit yang sihat.

Cara Penggunaan

Kisar bawang merah untuk mendapatkan jusnya. Sapu jus bawang ini pada bahagian parut dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air sejuk. Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

5. Limau Nipis

Mengandungi sebatian antibakteria yang baik, limau nipis mempunyai banyak kebaikannya pada kulit termasuklah mencerahkan kulit, mengeringkan jerawat serta memudarkan kesan parut hitam.

Cara Penggunaan

Potong limau nipis kepada dua bahagian. Tonyohkan pada permukaan parut. Setelah kering, bilas dengan air sejuk.

6.Cuka Epal

Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, cuka epal sangat bagus untuk mengurangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. Malah dengan penggunaan yang konsisten, cuka epal ini mampu mencerahkan kulit dan meyerikan kulit secara semula jadi.

Cara Penggunaan

Campurkan 3 sudu besar cuka epal dengan 300ml air. Gunakan campuran ini seperti toner dan pakai selepas mandi ataupun sebelum tidur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top